HANEDAAIRPORTTRANSFER.MY

Haneda Airport Transfer

Registered company in Japan (Malaysian Owned)

Cara Paling Murah Dari Haneda Airport Ke Tokyo

Mencari cara paling murah dari Haneda Airport ke Tokyo? Anda berada di tempat yang betul. Lapangan Terbang Haneda (HND) merupakan lapangan terbang yang paling hampir dengan pusat bandar Tokyo, menjadikannya pilihan terbaik untuk pelancong yang ingin menjimatkan kos dan masa perjalanan.

Jarak Haneda Airport ke Pusat Bandar Tokyo

Jarak dari Haneda Airport ke kawasan utama Tokyo seperti Shinjuku, Shibuya dan Ueno adalah sekitar 15km hingga 25km sahaja. Ini jauh lebih dekat berbanding Narita Airport yang terletak sekitar 60km dari Tokyo.

1️⃣ Kereta Api (Train) – Pilihan Paling Murah

Keikyu Line + JR Yamanote Line

  • Tempoh perjalanan: 30 – 45 minit
  • Anggaran kos: ¥500 – ¥700 seorang
  • Kesesuaian: Backpacker & solo traveler

Ini adalah pilihan paling ekonomi untuk ke Tokyo. Anda boleh menaiki Keikyu Line dari Haneda ke Shinagawa dan sambung dengan JR Yamanote Line ke destinasi seperti Shinjuku, Shibuya atau Ueno.

✔ Murah
✔ Kerap beroperasi
✖ Tidak sesuai jika bawa banyak luggage

2️⃣ Airport Bus – Mudah & Selesa

  • Tempoh perjalanan: 40 – 60 minit
  • Anggaran kos: ¥1,000 – ¥1,300 seorang
  • Kesesuaian: Keluarga & warga emas

Bas lapangan terbang terus ke hotel atau stesen utama di Tokyo. Lebih mudah jika membawa beg besar kerana tidak perlu tukar train.

✔ Direct ke hotel tertentu
✔ Tidak perlu tukar line
✖ Bergantung kepada trafik

3️⃣ Private Airport Transfer – Paling Mudah & Tanpa Stress

  • Tempoh perjalanan: 25 – 40 minit
  • Harga: Lebih berbaloi untuk 3-6 orang
  • Kesesuaian: Keluarga, group & warga emas

Jika anda datang bersama keluarga atau group, pilihan private airport transfer dari Haneda Airport ke Tokyo lebih menjimatkan berbanding beli tiket train seorang demi seorang.

✔ Pemandu tunggu di arrival hall
✔ Direct ke hotel / Airbnb
✔ Tiada tukar train
✔ Sesuai bawa luggage besar

Perbandingan Ringkas

Jenis Pengangkutan Tempoh Anggaran Kos
Train 30 – 45 minit ¥500 – ¥700
Airport Bus 40 – 60 minit ¥1,000 – ¥1,300
Private Transfer 25 – 40 minit Lebih jimat untuk group

Kesimpulan: Mana Pilihan Paling Murah?

Jika anda travel seorang atau berdua dan tidak membawa banyak luggage, train adalah cara paling murah dari Haneda Airport ke Tokyo.

Namun jika anda travel bersama keluarga atau 4-6 orang, private transfer sebenarnya lebih berbaloi dari segi keselesaan, masa dan tenaga.

Tempah Airport Transfer Haneda sekarang di hanedaairporttransfer.my untuk perjalanan yang lebih mudah, selamat dan tanpa stress.

Booking Form

Kindly complete the form and we will quote you accordingly
[airport_booking_form]

LET US HELP YOU WITH YOUR
AIRPORT TRANSFER

Client Testimonials

“Definitely a really life saver. Imagine the hassle for a family of 5 (2 adults 3 small kids) with 8 luggages had to endure if we carry the luggages via multiple train exchange to the airport."
En Ariff - Ipoh
“Arrived on time. Highly recommended!!!”
Pn Azeera - Ampang
“Honestly I was skeptical at first...but they proved me wrong. Very good and reliable services indeed.”
En Hafiz - Shah Alam
Close